Pembayaran Bantuan Tunai RM600 & RM900 Bagi Tahun 2023. Berikut Jadual & Maklumat Pembayaran

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan STR. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bayaran STR Fasa 4

Untuk maklumat pembaca, bantuan STR Fasa 4 akan dibayar dengan kadar antara RM200 hingga RM1,200. Berikut adalah senarai penerima dan jumlah bayarannya STR Fasa 4:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Cara Menyemak Kelayakan

Berdasarkan maklumat, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tentang kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Bantuan STR

STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Antara penerimanya merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak. STR Fasa 3 sebagai contoh telah dikreditkan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *