Permohonan dibuka sehingga 15 September 2022: Ini syarat-syarat & cara memohon BMT RM600
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 oleh RISDA.
Bantuan kewangan sebanyak RM600 ini telah dibuka permohonannya dan akan ditutup pada 15 September 2022. Makanya, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan boleh dikemukakan ketika ini.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Syarat-syarat Kelayakan BMT
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Cara Memohon
Dimaklumkan bahawa, pembayaran BMT akan dilaksanakan secara dua fasa dengan jumlah bayaran RM300 bagi setiap fasa. Pembayarannya pula akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022.
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Pekebun Kecil RISDA (DI SINI).
Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Geran asal tanah dan salinan;
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
Manakala, bagi Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula, mereka hendaklah melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
- Salinan geran lot yang ditoreh;
- Salinan buku akaun bank yang aktif;
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
Maklumat lengkap dan lanjut tentang BMT, ia boleh dibaca – DI SINI.