Berikut Adalah Senarai-Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan September 2022 Yang Anda Perlu Tahu

Untuk maklumat semua, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan September 2022:

1. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan ini pula diperkenalkan melalui RISDA dengan nilai sebanyak RM300 sebanyak dua fasa dengan jumlah keseluruhan RM600. Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022 ini.

2. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Bantuan ini pada asasnya diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ia melibatkan pemberian peranti (tablet) kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40. Permohonannya bagi Fasa 2 telah pun dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 30 September 2022.

Advertisement
Advertisement

3. Skim Air Darul Ehsan (SADE)

SADE adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Menariknya, permohonan skim bantuan ini dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.

Maklumat lanjut berkenaan SADE boleh dirujuk di Portal Air Selangor – DI SINI.

4. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran bagi Fasa 3 bantuan ini akan melibatkan pelbagai kategori penerima dan akan dibayar pada bulan September 2022. Info lanjut boleh dibaca DI SINI.

 

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *