Pengambilan Jawatan Besar-Besaran UiTM, Gaji RM3,320 – RM22,040: Berikut Senarai Jawatan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani kini sedang membuka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  1. PROFESOR VK7
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM7,990 – RM22,040
  2. PROFESOR MADYA DS14
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM6,560 – RM15,360
  3. PENSYARAH KANAN DS13
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM 6,210 – RM14,370
  4. PENSYARAH DS11
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM 3,320 – RM12,760

Syarat-Syarat Kelayakan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS11

  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11 : RM3,320.00); atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11 : RM3,650.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS13

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS13 : RM6,210.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS14 (PROFESOR MADYA)

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS14: RM6,560.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,990.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
  • Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat);
  • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (Bagi jawatan gred 41 dan ke atas)

Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Permohonan dibuka sehingga 18 November 2024, Isnin.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *