Bantuan Tunai RM350 untuk kategori bujang: Ini pula bayaran untuk kategori isi rumah & warga emas
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024.
Bantuan tunai ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Tunai untuk kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas
Bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan Hikmah penyasaran semula
subsidi, ia telah membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, mereka yang layak menerima STR adalah yang menepati syarat-syarat berikut:
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahundan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta pula, mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan
permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kadar Bantuan Tunai STR
Berkenaan dengan kadar pembayaran STR bagi setiap kategori penerima pula adalah berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan dan tanggungan masing-masing. Ini adalah maklumatnya:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM750
- Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Kadar STR: RM350
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- Kadar STR: RM600
Permohonan dan Semakan
Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan diluluskan permohonannya sebelum tahun 2024 ini, permohonan baru STR tidak diperlukan. Tetapi jika terdapat sebarang maklumat baru, kemaskini boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Tunai STR.
Bagi yang belum membuat permohonan, mereka boleh mengemukakannya di portal sama atau mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Ia kemudiannya boleh dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Untuk makluman, permohonan STR dibuka sepanjang tahun 2024. Secara lebih khusu, mereka yang boleh membuat permohonan baru STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.