Semakan Bantuan Hari Kebangsaan RM100 Dibuka Hari Ini (21 Ogos 2025): Berikut Caranya

Dalam kehidupan seharian, isu kos sara hidup sering menjadi perbincangan utama masyarakat. Antara faktor yang paling dirasai oleh setiap isi rumah ialah kenaikan harga barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, sayur-sayuran, ayam, ikan, serta barang-barang lain yang wajib ada di dapur.

Keperluan ini bukan sahaja penting untuk kelangsungan hidup, malah menjadi penentu utama dalam perbelanjaan bulanan rakyat. Apabila harga barangan asas meningkat, ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang majoriti pendapatannya banyak diperuntukkan untuk makan minum serta kos asas.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa kenaikan harga barang berlaku secara berterusan dan kadangkala mendadak, dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk inflasi, kos pengangkutan, perubahan cuaca, dan pergolakan pasaran global. Misalnya, apabila harga bahan api naik, kos pengangkutan barang turut meningkat, seterusnya membebankan pengguna akhir.

Begitu juga dengan faktor cuaca yang menjejaskan hasil tanaman atau bekalan ternakan, sekali gus menyebabkan harga barangan segar melambung tinggi. Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada rakyat, terutama apabila pendapatan tidak meningkat seiring dengan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Bagi sesetengah keluarga, strategi berjimat cermat menjadi satu-satunya jalan untuk memastikan perbelanjaan harian dapat diuruskan. Ramai yang memilih membeli barangan secara pukal, mencari tawaran promosi di pasar raya, atau menggantikan barangan tertentu dengan pilihan yang lebih murah.

Namun, langkah ini hanya sekadar penyelesaian sementara kerana realitinya kos sara hidup terus menekan dari semasa ke semasa. Apa yang lebih membimbangkan, kenaikan harga barangan asas juga berpotensi menjejaskan pemakanan seimbang rakyat apabila ada yang terpaksa mengurangkan pengambilan makanan berkhasiat demi berjimat.

Oleh itu, isu kos sara hidup terutama berkaitan barangan keperluan harian bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang ringan. Ia menyentuh kehidupan semua lapisan masyarakat dan memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, pengeluar, dan pengguna sendiri. Dalam suasana ekonomi yang mencabar ini, mencari jalan penyelesaian yang mampan amat penting agar kesejahteraan rakyat tidak terjejas dan mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih stabil serta berkualiti.

Antara usaha Kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah dengan memperkenalkan pelbagai jenis bantuan yang antaranya adalah…

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adala program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bantuan ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM50 hingga RM200 setiap bulan yang dimasukkan ke MyKad penerima. Berikut adalah jadual pembayarannya:

Bantuan Hari Kebangsaan SARA 2025

Akan tetapi, sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia – pihak Kerajaan telaah bersetuju untuk memberikan SARA sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada semua rakyat negara ini yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Pemberian itu adalah bersempena dengan sambutan hari kebangsaan dan akan dikreditkan terus ke MyKad penerima pada 31 Ogos 2025 ini. Penerima kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan harian di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Barangan yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

Bagi semakan status penerima bantuan RM100 ‘one-off’ ini, ia boleh dibuat di Portal MyKasih bermula oada 21 Ogos 2025 ini. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  • Layari Portal MyKasih;
  • Klik butang ‘Semak Kelayakan’
  • Isi maklumat nombor Kad Pengenalan (IC) di ruang yang disediakan;
  • Maklumat kelulusan SARA akan dipaparkan.

Untuk maklumat yang lebih lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *