Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM3,000. Kerajaan Negeri Perkenal Bantuan Sara Diri RM500-RM2,000

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan Sara Diri RM500-RM2000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Jumlah Bantuan

Bantuan ini melibatkan pemberian antara RM500 hingga RM2,000 kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.

Syarat Kelayakan

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang berkelayakan, anda boleh memohon bantuan di pautan berikut: https://eheyns.com.my/proses-syarat/

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *