Senarai penerima Bantuan RM1,000 pada bulan ini & RM200 bulan depan: Ini cara semak kelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Bantuan Musim Tengkujuh untuk tahun 2023 kepada mereka yang memerlukan serta berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM1,000

Bantuan Khas Kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahunan masing-masing.

Hal yang sama juga diumumkan boleh Kerajaan Negeri Selangor yang bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan setengah gaji.

Bantuan khas ini kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 telah pun dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Kali kedua pula telah dibayar pada 29 Disember lalu iaitu dengan kadar satu bulan gaji atau minimum RM1,000. Manakala, pembayaran kali ketiga pula sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada bulan Februari 2023.

Advertisement
Advertisement

Bantuan kewangan ini akan disalurkan kepada semua anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Bantuan RM200

Bantuan kewangan yang juga diperkenalkan pada tahun ini adalah Bantuan Musim Tengkuh (BMT) sebanyak RM800 kepada mereka yang layak.

Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak tiga fasa iaitu dengan kadar RM300 bagi Fasa 1 dan Fasa 2, serta RM200 bagi Fasa 3.

Pembayaran bagi Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari lalu dan Fasa 2 pula pada bulan Februari 2023. Manakala, Fasa 3 BMT sebanyak RM200 akan dibuat pada bulan depan (Mac 2023).

BMT ini akan diberikan kepada para peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seluruh negara atau seramai 12,138 peneroka.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *