Bantuan RM800 selesai dikredit ke akaun bulan ini (Februari 2024): Cara semak status

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).  Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan RM800

BMT pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan di bawah RISDA. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM800 dan akan diberikan kepada para penoreh berkelayakan.

Objektif utamanya adalah bagi membantu mereka dalam mendepani cabaran musim tengkujuh yang boleh menjejaskan hasil.

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Semak Status

Untuk makluman, pembayaran BMT dibuat sekali setiap bulan selama empat bulan dari November 2023 sehingga Februari 2024. Dengan itu, setiap bulan mereka yang layak akan dikreditkan RM200.

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Permohonannya juga telah dibuka mulai 15 Jun 2023 hingga 15 September 2023.

Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas). Ia adalah sebuah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Skim rebat ini ditawarkan melalui dua kaedah pemberian:

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; atau
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Tempoh permohonan skim ini dibuka mulai 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *