Bantuan Khas Kewangan RM2,000 Akan Dikreditkan Pada 20 Februari Ini Terus Ke Akaun Penerima. Ini Senarai Penerima
Bantuan khas kewangan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.
Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri kepada mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –
Bantuan Khas Kewangan RM2,000
Pada Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 pada 4 Disember 2023 yang lalu, seperti dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah dengan minima RM2,000.
Tarikh Pembayaran
Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada beberapa hari yang lalu telah bersetuju agar pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara one-off pada 20 Februari 2024 iaitu pada hari Selasa.
Senarai Penerima
Jumlah penerima kira-kira 8,000 penjawat awam Negeri Pahang.
Objektif Bantuan
Semoga menerusi pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini, penjawat awam Negeri Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan pengurusan Kerajaan Negeri Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing.
Cara Pembayaran
Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara one-off
Jumlah Keseluruhan Bantuan
Jumlah keseluruhan peruntukan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini ialah RM39.6 juta.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan ini, boleh berhubung seperti maklumat di bawah:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Wisma Sri Pahang, 25503
Kuantan Pahang.
Hubungi: 609-512 6600
Faks: 609-515 6106
email: webmast@pahang.gov.my
Maklumat Belanjawan Pahang 2024
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, kutipan hasil negeri adalah sebanyak RM1.164 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion dan ini bermakna Kerajaan Negeri sudah berjaya mencapai 107.42 peratus sasaran yang ditetapkan.
Pencapaian ini adalah amat membanggakan memandangkan Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion bagi tempoh dua tahun berturut-turut, sekali gus meletakkan negeri Pahang setanding dengan negerinegeri maju yang lain seperti Selangor dan Johor.