Cara memohon Bantuan Kewangan Asasi RM3,920/setahun untuk mereka dari keluarga B40 & M40

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan Bantuan Kewangan Asasi.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar Bantuan

Kepada pelajar yang berkelayakan dan diluluskan permohonannya, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,920 setahun atau sepanjang tempoh pengajian. Pecahan bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut:

  • Elaun Wang Saku: RM2,500/setahun
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420/setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 pada tahun semasa;
  • Mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang ingin membuat permohonan bantuan, semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon kemudiannya hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran berikut:

  • Surat Tawaran;
  • Surat Setuju Terima Tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian.

Pemohonan seterusnya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Untuk maklumat terperinci berkenaan bantuan ini, sila baca – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *