Akan dibayar pada hujung bulan ini: Ini adalah jumlah bayaran & senarai penerima BKM Fasa 2

Seperti mana yang diumumkan melalui Belanjawan 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BKM pada asasnya melibatkan empat fasa pembayaran, yang menyaksikan pembayaran Fasa 1 telah pun selesai pada bulan Mac lalu. Berkenaan dengan pembayaran Fasa 2 pula, ia adalah seperti berikut: –

Senarai penerima & jumlah bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan pemberian kewangan sebanyak RM100 sehingga RM400 mengikut pecahan penerima berikut:

Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Advertisement
      Advertisement
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak – Berumur 60 tahun dan ke atas (Pendapatan RM0 – RM5,000)

  • Bayaran BKM Fasa 2: RM150

Cara Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia dijangka akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2022. Bagaimanapun, sebarang maklumat rasmi akan diumumkan oleh pihak kerajaan, berdasarkan kemaskini semasa.

Manakala, pembayaran BKM Fasa 2 – akan dilaksanakan sama seperti Fasa 1 iaitu dengan kaedah:

  • Kredit ke akaun bank
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
    • Pembayaran Fasa 1 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.