Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong UiTM
- PENSYARAH UiTM (GRED DM45)
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM3,070 – RM11,095
- PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM5,855 – RM12,445
- PROFESOR MADYA (GRED DM53)
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM6,162 – RM13, 235
- PROFESOR (GRED KHAS C)
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM7,190 – RM14,587.54
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Ia perlu dibuat dengan mengisi BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007.
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dikepilkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil MCE/SPM, HSC/ STPM atau setaraf;
- Salinan Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci atau surat senat);
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan (Jika ada) atau Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Markah Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat);
- Borang Laporan Rujukan (Referee Report).
Ia perlu dihantar ke alamat:
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
Dimaklumkan juga bahawa hanya mereka yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil untuk menjali temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 23 Disember 2022, Jumaat.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan borang borang boleh didapati DI SINI.
