Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 untuk setahun: Panduan memohon & mereka yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah sumbangan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk membantu para pelajar daripada golongan B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.
Kadar bantuan ini pula adalah berbentuk Elaun Wang Saku sebanyak RM2,500 setahun serta Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun.
Manakala, bagi pelajar daripada Sabah, Sarawak dan Labuan pula – mereka layak menerima tambang penerbangan sekali.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini sila lihat di Portal Rasmi KPM – DI SINI.