Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM7,500 Sebulan. Ini Cara Mohon Bantuan Tunai RM200

Kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan yang dijanjikan kepada setiap kategori yang memerlukan. Diharapkan dengan bantuaa-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada penerima bantuan.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri masing-masing. Berikut maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut:

Tujuan Bantuan Kewangan RM200

Bantuan ini dinamakan sebagai BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK bertujuan untuk:

  • Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
  • Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.
  • Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Kadar Pemberian

Nilai bantuan RM200 dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN) penerima

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

1.1 Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.

1.2 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau

1.3 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

1.4 Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

1.5 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

  • Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  • Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

2. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 7,500 sebulan (mulai 1 Januari 2023).

3. Sila sertakan SALINAN SIJIL KELAHIRAN atau SALINAN MYKID, SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Perak dan SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.

4. Sila sertakan bersama BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN (SSPN) yang siap diisi.

5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK.

6. Dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
  2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.
  3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
  4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.

Borang Untuk Dimuat Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *