Bantuan Hari Raya Aidilfitri akan dibayar pada akhir bulan ini: Ini jumlah bayaran & cara bayarannya

Kurang sebulan lagi untuk rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan sudah pasti pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menyambut hari kebesaran berkenaan.

Prihatin dengan keadaan berkenaan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dengan jumlah sebanyak RM250 dan RM500 kepada yang layak.

Bagi pemberian RM500, ia akan diberikan semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Manakala, bagi bantuan sebanyak RM250 – ia akan diberikan kepada semua pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman pemberian bantuan khas itu dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

Advertisement
Advertisement

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri – ia akan dilaksanakan pada 25 April 2022 (Isnin) dengan kaedah pembayaran bersama gaji.

Bantuan khas ini juga melibatkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara di seluruh negara.

Seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri – pemberian bantuan khas ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Diharapkan bantuan ini nanti akan dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara dalam usaha menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *