Bantuan Kewangan RM1,500 ‘one-off’ akan dibayar pada bulan ini: Berikut adalah penjelasannya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM1,500

Pada Disember 2022, pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 secara ‘one-off’.

Bantuan kewangan ini nanti akan disalurkan kepada para penjawat awam negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata bantuan itu bertujuan untuk menghargai kakitangan awam negeri berkenaan.

Dalam masa sama, Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menerima RM1,000. Manakala, bantuan kewangan RM750 pula akan diberikan kepada Penghulu; Halaqat; c.Penyelaras ICT DUN dan Penyelaras Pembangunan Armalah DUN.

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Bantuan Khas Kewangan RM700

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Perlis juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700/seorang kepada penjawat awam negeri sehingga gred 54.

Bantuan itu adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan golongan tersebut yang bersungguh-sungguh memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

“Semoga bantuan khas kewangan ini mampu memberikan suntikan semangat untuk penjawat awam negeri terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *