Bantuan Kewangan RM150 dibayar awal tahun depan: Berikut senarai penuh penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat lalu.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan terlibat:-
Bantuan Kewangan BAP
Bantuan Awal Persekolahan atau BAP adalah bantuan kewangan sebanyak RM150 yang diberikan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bagi tahun hadapan, pihak Kerajaan akan menaikkan peruntikan BAP kepada lebih RM788 juta, berbanding RM450 juta sebelumnya.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pembayaran BAP akan dibuat pada bulan Januari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.
Pada ketika ini, pihak KPM sedang meneliti cadangan supaya pengagihan wang BAP dibuat secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya.
“Cadangan ini adalah bagi memastikan insiden seperti ini tidak berlaku lagi. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat.
Namun begitu, kenyataan rasmi KPM sebelum ini menyatakan pembayaran BAP kepada murid akan dibuat secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut setuju menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta sebelumnya.
Elaun murid berkeperluan khas juga ditingkatkan dengan diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta sebelumnya.