Berikut senarai penerima Bantuan Kewangan RM2,500 yang dibayar 2 kali pada tahun ini
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Khas Kewangan RM2,500
Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan, melalui Belanjawan 2023 negeri berkenaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan kewangan itu akan diberikan kepada 5,599 orang penjawat negeri berkenaan untuk tahun 2023.
Bantuan itu diberikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Kewangan BMT Fasa 1 RM300 Dibayar Pada Januari ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
- Bantuan Khas RM350-RM700 Disalurkan Pada 17 Januari Ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Tarikh Pembayaran
Bagi tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.
Dalam masa sama, belanajawan negeri yang bertemakan Melunas Janji, Menggalas Harapan itu turut mengekalkan 42 inisiatif sedia ada dan memperkenalkan 22 inisiatif baharu.
“Pelbagai bantuan kewangan, pemberian tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan direncanakan oleh kerajaan negeri untuk dimanfaatkan oleh rakyat,” kata Aminuddin