Bantuan Kewangan BMT Fasa 1 RM300 Dibayar Pada Januari ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan BMT yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Kewangan BMT & Senarai Penerima

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang akan memberi manfaat kepada peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan seperti berikut:

  1. RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan
  2. RM300 Fasa 2 (Februari) s
  3. Baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

Syarat-syarat Kelayakan BMT

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Semakan

Untuk mereka yang berkelayakan, anda boleh melakukan semakan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak RISDA di nombor berikut: 03-42564022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *