BTR sekarang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Ini cara semak status pembayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet Mini 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat pada bulan Disember tahun lalu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Ketika membentangkan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR).
Pembayaran Fasa 1 bantuan tunai ini juga akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023, berbanding perancangan asal iaitu pada bulan Mac 2023.
Akan tetapi, dalam satu kenyataan pada 16 Januari 2023 – Datuk Seri Anwar telah memaklumkan bahawa bantuan ini telah dijenamakan semula dan selepas ini akan dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pembayaran Fasa 1 bantuan ini akan melibatkan kadar sebanyak RM300 bagi penerima isi rumah dan RM100 pula kepada kategori bujang.
Secara asasnya, STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah 4 juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100) dan 3.5 juta golongan bujang (RM100).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Berikut senarai penerima Bantuan Kewangan RM2,500 yang dibayar 2 kali pada tahun ini
- Bantuan Kewangan BMT Fasa 1 RM300 Dibayar Pada Januari ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Tarikh Pembayaran
Dalam kenyataan sama, pihak Kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 akan dilaksanakan bermula pada 17 Januari 2023 secara berperingkat.
Pengkreditan ini akan dibuat melalui akaun bank penerima bagi yang mempuyai akaun bank, dan secara penebusan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank.
Semakan status pembayaran pula akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui bahagian Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.