Sumbangan Tunai Rahmah RM100-RM300 Dikreditkan Pada Hari Ini Juga. Semak Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan BMT yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Kewangan BMT & Senarai Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR secara berperingkat, mulai hari ini (17 Januari).
Penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.
Jumlah Bayaran
STR Fasa 1 membabitkan kategor penerima:
- Isi rumah berjumlah empat juta dengan kadar (RM300)
- 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100)
- 3.5 juta golongan bujang (RM100).
Maklumat Lanjut & Semakan
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.