Bantuan RM800 telah selesai dibayar ke akaun penerima masing-masing: Semak sekarang
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.
Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan dengannya: –
Bantuan RM800 (BMT)
BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan kewangan di bawah RISDA dan diberikan kepada para penoreh berkelayakan bagi meringankan beban mereka ketika menghadapi musim berkenaan.
Kadar BMT telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.
Syarat-syarat Kelayakan
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Pembayaran BMT
BMT dibayar secara berperingkat dari bulan November 2023 sehingga Februari 2024 dengan kadar RM200 setiap bulan. Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima.
Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran Januari 2024.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram atau ke bawah.