Jawatan Kosong Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB): Tarikh Tutup 10 Julai 2026

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong Koperasi TNB

PENYELIA RETAIL DAN KORPORAT

  • Taraf Jawatan: Tidak Dinyatakan
  • Penempatan: 96, Jalan Bangsar, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Perniagaan / Pemasaran atau yang setaraf dengannya;
  • Memiliki kebolehan yang baik dalam perhubungan pekerja;
  • Mampu mengagih tugasan mengikut kepentingan kerja;
  • Mempunyai perwatakan yang menarik;
  • Berkebolehan membuat kerja dengan pengawasan yang kurang;
  • Cekap dalam menggunakan komputer (Microsoft Excel, Word dan PowerPoint).

Bidang Tugas

  • Menyelaras dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan bisnes korporat koperasi TNB di sektor TNB, GLC, Kerajaan dan Swasta;
  • Melaksanakan strategi bagi memperkemas dan mengoptimum pertumbuhan perniagaan;
  • Perlaksanaan strategi seperti meiaksanakan aktiviti pembangunan bisnes dengan pelanggan yang berpotensi secara tersusun dan menjana pipeline dan berkeupayaan mengubah menjadi jualan;
  • Melaksanakan kaedah pengurangan kos / penjimatan kos / penjimatan waktu kerja. Memantau dan menilai penggunaan bajet tahunan;
  • Mengekalkan hubungan baik dengan pengurusan TNB, anggota koperasi, pelanggan serta pihak ketiga (Key-Account Management);
  • Menyedia laporan dan analisa mingguan dan bulanan berdasar KPI dan data statistik aktiviti pembangunan bisnes;
  • Memastikan kualiti perkhidmatan berada di tahap yang cemerlang;
  • Menerima dan menyempurnakan tugas yang diberikan oleh pengurusan dari semasa ke semasa;
  • Memantau ruang pameran kemas, menarik pada setiap masa disamping memastikan stok fizikal berada ditahap stok minimum yang ditetapkan;
  • Memantau pekerja dibawah selian agar borang-borang, premium item dan harta koperasi dalam keadaan cukup dan baik, kawasan persekitaran kedai, Koptown@HQ dan koptown@ILSAS bersih, kemas, teratur pada setiap masa bagi menjaga imej dan nama baik koperasi;
  • Membuat promosi berkala di Koptown@HQ.

Cara Memohon

Bagi yang hendak membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan dengan menghantar CV ke alamat e-mel: hr@ktnb.com.my. Maklumat yang diberikan hendaklah benar, tepat dan sahih.

Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup pada 10 Julai 2026.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lanjut tentang jawatan kosong ini, sila lihat hebahan rasmi di laman media sosial Koperasi Tenaga Nasional Berhad – DI SINI. 

Maklumat Tambahan

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad. Koperasinya juga telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Visi Koperasi TNB adalah “Untuk Menjadi Koperasi Nasional Yang Terkemuka, Berdayamaju dan Kompetetif dalam Memberikan Perkhidmatan Kepada Anggotanya”.

Misinya pula adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan taraf ekonomi anggota-anggota;
  • Menggalakkan penyimpanan dan pengurusan kewangan di kalangan anggota;
  • Menanamkan budaya saling membantu di kalangan anggota;
  • Meningkatkan pembabitan anggota melalui program pendidikan;
  • Menjaminkan pulangan yang terbaik untuk anggota;
  • Menyediakan perkhidmatan dan produk yang bermutu untuk anggota melalui pengurusan dana yang efisyen dan amalan perniagaan yang telus dan jujur.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi TNB adalah pinjaman, insurans, kebajikan dan pendidikan. Syarat-syarat keanggotaan koperasi ini pula adalah seperti berikut:

  • Keanggotaan terbuka kepada kakitangan TNB, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat usahasama;
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini;
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun;
  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Kop TNB.

Kedai Koperasi TNB PULA mula beroperasi pada tahun 1986 dan kini mampu bersaing untuk memberi kemudahan yang bermutu kepada pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *