Geran Pelancaran RM2,700 dibayar ‘one-off’ kepada B40 berkelayakan: Berikut cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan Geran Pelancaran yang diperkenalkan: –

Geran Pelancaran RM2,700

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pelancaran. Bantuan ini diberikan kepada golongan B40 yang layak dengan kadar RM2,700 secara ‘one-off’.

Objektifnya adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk makluman, seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan – bantuan ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM sahaja.

Oleh hal demikian, ia bermaksud – bantuan ini hanya layak diberikan kepada mereka yang menerima bantuan bulanan JKM.

Makanya, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu, sebelum membuat permohonan Geran Pelancaran.

Sekiranya layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan, maka selepas itu mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut meneruskan pemberian Bantuan Am Persekutuan dengan kadar minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Ia juga adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Tetapi, Bantuan Am Persekutuan hanya diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan bermastautin di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan).

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *