Telah mula dibayar semalam: Ini jumlah bayaran BKM Fasa 2 yang akan diterima rakyat Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Belanjawan 2022.

Bantuan kewangan ini pada asasnya melibatkan pemberian wang tunai kepada mereka yang berkelayakan sebanyak empat Fasa, yang mana Fasa 1 telah pun disalurkan pada bulan Mac lalu.

Oleh itu, kini tibalah pembayaran untuk Fasa 2 yang seperti mana telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa terdapat tambahan RM50 bagi bujang dan RM100 bagi isi rumah B40. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 2: –

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 kepada B40  akan menerima penambahan sebanyak RM50 (bujang) dan RM100 (isi rumah) seperti mana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

Advertisement
Advertisement
  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak]

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

BKM Fasa 2: RM200

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 27 Jun 2022. Kaedah pembayaran pula adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kredit ke akaun bank
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang sama.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
    • Pembayaran BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Semakan kelulusan dan maklumat terperinci berkenaan BKM, sila rujuk di Portal Rasmi BKM atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *