Bantuan BKM & Bantuan Tambahan Dikreditkan Ke Bank Akaun Anda Hari Ini (27 Jun). Ini Senarai Penerima & Cara Semak
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan BKM & Bantuan Tambahan yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan BKM & Bantuan Tambahan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Jumlah BKM Fasa 2
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1-2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM500
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1-2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM500
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1-2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM500
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- BKM Fasa 2: RM200
Jumlah BKM Tambahan
Pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan bayaran tambahan BKM sebanyak RM50 dan RM100 kepada setiap penerima BKM Fasa 2 B40.
Tarikh Bayaran
Pada 27 Jun 2022
Cara Semakan
Sebarang semakan boleh dibuat di pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/