Bantuan Kewangan RISDA RM300 telah dikreditkan untuk bulan ini: Berikut cara semak kelulusan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan di bawah RISDA melalui Bajet 2022.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Kadar BMT

Pembayaran BMT adalah sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa iaitu RM300 bagi setiap fasa.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Semak BMT

Pembayaran BMT akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Akan tetapi, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran
bantuan kewangan ini.

Untuk yang ingin membuat semakan kelulusan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan BMT.

Maklumat lebih teliti berkenaan BMT boleh dilihat DI SINI dan semakan pula boleh dibuat DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *