Kerajaan Negeri setuju bayar Bantuan Khas RM1,200 bulan depan: Ini senarai penerima yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Khas Kewangan yang akan dibayar kepada yang layak pada bulan Disember bulan hadapan.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan khas kewangan ini:
Kadar Bantuan Khas Kewangan
Bantuan Khas Kewangan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bantuan ini nanti akan melibatkan melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan dana kewangan berjumlah RM6.13 juta.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pihak Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Kewangan RISDA RM300 telah dikreditkan untuk bulan ini: Berikut cara semak kelulusan
- Pendapatan Seisi Keluarga Kurang Dari RM4,000. Ini Cara Mohon Bantuan Zakat WEZAS
Dalam perkembangan sama, Kon Yeow ketika membentangkan Bajet 2023 Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN) turut mengumumkan pemberian RM300 seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.
Selain itu, sumbangan RM200 juga akan diberikan kepada para guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri berkenaan yang melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000.