Cara membuat semakan bantuan membeli barang runcit RM300 untuk golongan B40
Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pihak kerajaan dengan kerjasama Yayasan MyKasih telah memperkenalkan Bantuan PRIHATIN Kasih.
Dengan bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan berbentuk elaun sebanyak RM100 selama 3 bulan (RM300) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan runcit di premis-premis terlibat secara tanpa tunai mengunakan MyKad masing-masing.
Akan tetapi, dimaklumkan bahawa Bantuan PRIHATIN KASIH tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana para penerima telah pun dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.
Kepada penerima yang layak, mereka akan menerima SMS dari pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran, seperti yang dimaklumkan di awal tadi – bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan kepada mereka yang terpilih.
Tetapi, pembayarannya pula adalah secara berperingkat mengikut negeri atau wilayah penerima. Bagi bulan November hingga Disember 2021 – penerima yang terlibat adalah dari Pahang, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pembayaran PRIHATIN KASIH, boleh rujuk rajah di bawah:
Semak Kelayakan
Kepada mereka yang ingin membuat semakan kelayakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di laman MyKasih atau KLIK SINI.
Pengguna hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan bagi membuat semakan.
Seperti mana yang dimaklumkan, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan ia juga tidak melibatkan sebarang rayuan.
Maklumat lengkap tentangnya juga boleh dirujuk – DI SINI.