Cara Semak Bagi Penerima Bantuan RM100 Setiap Bulan Ke Dalam Mykad (IC)

Bantuan bulanan atau setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ini akan memberikan sedikit tunai tambahan untuk mereka menjalani kehidupan seharian. Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Di Bawah SARA RM100 Setiap Bulan

Mulai tahun 2024, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Syarat-syarat Kelayakan Penerima

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Bantuan Dikreditkan Kepada Penerima

Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200). Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedaikedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad. Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI

Advertisement
Advertisement
.

Cara Semak Kelayakan Penerima Bantuan

Untuk maklumat semua, terdapat dua cara untuk seseorang itu melakukan semakan sama ada anda merupakan salah seorang penerima bantuan ataupun tidak.

  • Anda boleh melakukan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ini melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  • Anda juga boleh semak status di Portal MyKasih.

Langkah-langkahnya seperti di bawah:

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Tiada rekod akan dipaparkan, jika anda tidak layak.

Hubungi Secara Terus

Bagi anda yang lebih suka menghubungi pegawai berkaitan ia bokeh dilakukan dengan menghubungi terus pihak bertanggungjawab seperti nombor tertera di bawah:

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *