Bantuan Sara Hidup RM300 dikreditkan ke akaun secara bulanan: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia diperkenalkan dengan kadar dan tujuan tertentu bagi diberikan kepada mereka yang layak.

Salah satunya adalah Bantuan Sara Hidip sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan bulanan yang telah diperkenalkan ini: –

Bantuan Sara Hidup RM300

Bantuan Sara Hidup ini adalah sebuah inisiatif di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan diberikan secara bulanan sebanyak RM300 kepada veteran yang layak. Objektif bantuan bulanan ini adalah untuk diberikan kepada Veteran ATM bagi meringankan beban sara hidup harian mereka.

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tigatahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Namun begitu, pemohon akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut, bagi memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh khidmat):
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Untuk mereka menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Sara Hidup ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat. Ini kerana, pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan. Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dimajukan ke Pejabat  Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Permohonan seterusnya akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan itu kemudiannya akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bagi info yang lebih teliti tentang BSH dan semakan kelulusan kepada yang telah memohon, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, JHEV juga ada memperkenalkan Bantuan Persekolahan (BSK) yang bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Semua permohonan bantuan ini hendaklah dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah bagi memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Persekolahan (BSK) adalah seperti berikut:

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini;
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun;
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Kadar bantuan pula adalah sebanyak RM500 setahun bagi sekolah rendah dan RM700 setahun bagi sekolah menengah atau vokasional. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 yang boleh didapati di Portal Rasmi JHEV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *