Pendapatan Isi Rumah Kurang RM4,849, Kerajaan Negeri Perkenal Bantuan Kewangan RM500. Berikut Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Bagi membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan sama ada negeri atau pun persekutuan telah memperkenalkan pelbagsi jenis bantuan kewangan sama ada secara bulanan atau one-off. Seperti yang kita tahu, bantuan-bantuan ini mempunyai golongan sasar untuk mereka menerima manfaat tersebut.

Bantuan dalam bentuk kewangan ini pastinya akan memberi berita gembira kepada golongan penerima yang layak. Salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri adalah bantuan seperti dalam penerangan berikut:

Bantuan Kewangan KIRWAS RM500 Untuk Setiap Penerima

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah melaksanakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dikenali sebagai KIRWAS.

Tujuan KIRWAS adalah untuk mengupayakan wanita Sarawak terutamanya golongan ketua isi rumah atau/dan ibu tunggal dalam mewujudkan peluang menjana dan meningkatkan pendapatan.

Selain itu, bantuan KIRWAS ini bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup golongan sasar agar berdikari demi mengharmonikan kehidupan berkeluarga.

Kadar Bantuan Kewangan KIRWAS

Setiap bantuan mempunyai jumlah atau kadar yang akan diterima oleh penerima bantuan.

Untuk bantuan kewangan KIRWAS, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 untuk setiap penerima secara sekaligus atau ‘one-off’.

Bantuan tunai ini adalah sebagai modal perniagaan bagi setiap penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Menerima Bantuan

Setiap bantuan memerlukan syarat-syarat penerimaan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi penerima bantuan kewangan KIRWAS:

  • Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
  • Usahawan Wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas (yang berniaga sahaja);
  • Ibu Tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita;
  • Berpendapatan isi rumah di antara RM1,169 – RM4,849;
  • Bukan penerima Bantuan Kebajikan; dan
  • Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta lampiran yang disahkan.

Untuk mereka yang layak, berikut beberapa perkara yang perlu diambil maklum:

  • Ibu Tunggal merujuk kepada ibu yang telah bercerai; atau balu; atau wanita yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Ketua Isi Rumah Wanita pula adalah wanita yang mempunyai suami, tetapi suami tidak berdaya untuk bekerja.

Cara Memohon Bantuan Kewangan KIRWAS

Setelah membaca senarai syarat-syarst kelayakan, bagi mereka yang layak, ands boleh permohonan secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Pautan JWKS: https://jwks.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/182

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Setiap pemohon perlu menyediakan salinan dokumen-dokumen berikut dan ia hendaklah disahkan (sila pastikan salinan dokumen adalah itu jelas dan boleh dibaca):

  • Salinan fotostat kad pengenalan pemohon;
  • Muka Depan Buku Bank atau Salinan Penyata Akaun Bank (Mesti jelas maklumat pemegang akaun seperti NAMA BANK, NO. AKAUN, NAMA PENUH);
  • Salinan penyata gaji/ pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan pemohon terkini;
  • Sijil Cerai atau Sijil Kematian atau Surat Pengesahan sebagai Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesah (Sila Rujuk Syarat Permohonan);
  • Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada, jika tiada tidak perlu;
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)

Kepada mereka yang diluluskan permohonannya, pemantauan ke atas kemajuan pendapatan penerima adalah dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan bantuan.

Peruntukan KIRWAS Bagi 2024

Sejak tahun 2022, seramai 1,218 usahawan wanita telah menerima bantuan Ketua Isi Rumah Wanita (KIRWAS). Bagi tahun 2024, Kerajaan Sarawak telah memperuntukan RM300,000 bagi pelaksanaan KIRWAS dan ia akan memberi manfaat kepada 600 penerima baharu seluruh Sarawak.

Maklumat lengkap berkenaan KIRWAS dan borang permohonannya boleh didapati di Portal Rasmi JWKS – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *