Inisiatif Tunai RM200 diberikan ‘one-off’ kepada yang lulus permohonan: Ini syarat-syarat kelayakan

 

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah inisiatif tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif tunai yang telah diperkenalkan: –

Inisiatif Tunai RM200

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan sebuah inisiatif baru kepada rakyat di negeri berkenaan. Inisiatif ini melibatkan sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 kepada warga emas yang berkelayakan.

Pemberian sumbangan ini diharapkan dapat memberikan sedikit keceriaan sebagai tanda kasih kepimpinan negeri kepada warga emas yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa selama ini.

“Sebagai tanda prihatin dan kasih sayang kepada golongan warga emas yang memerlukan, sumbangan Keceriaan sebanyak 200 ringgit seorang kepada warga emas yang berusia 70 tahun ke atas akan disediakan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM14.8 juta,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan,
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelaykan inisiatif ini, permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal N9.DIGITAL. Pemohon juga perlu melampirkan Kad Pengenalan, slip mengundi SPR dan dokumen pengesahan pendapatan/slip pencen semasa mengemukakan permohonan.

Dimaklumkan juga bahawa insiatif ini terhad kepada 10,000 pemohon pertama sahaja. Oleh itu, mereka yang layak digalakkan membuat permohonan secepat mungkin.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini dan permohonannya, sila lihat di Portal N9.DIGITAL – DI SINI.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula dari tahun 2023 hingga 2027. Dianggarkan seramai 16,000 orang bayi dilahirkan di dalam Negeri Sembilan dan oleh itu sebanyak RM1.6 juta ringgit diperuntukkan untuk bantuan caruman ini.

Golongan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali yang pertama juga tidak dilupakan. Ini kerana, Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM500  seorang kepada golongan belia Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.0 juta.

Syarat-syarat utama bantuan perkahwinan ini adalah pemohon bermastautin di Negeri Sembilan; merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan; berumur antara 18 hingga 35 tahun dan memiliki pendapatan tidak lebih RM4,000 sebulan.

Selain itu, bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak-anak memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Kerajaan Negeri Sembilan setuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan RM150,000 terhad sehingga 500 orang penerima setahun.

Bagi anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi pula, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi pada kadar di antara RM500 ringgit hingga RM1,000 ringgit bergantung kepada tawaran yang diterima sama ada peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama.

“Selain itu, bagi meraikan kejayaan anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang dalam pengajian mereka, anugerah khas sebanyak RM5,000 disediakan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk itu, peruntukan sebanyak RM7.0 juta disediakan melalui kolaborasi Kerajaan Negeri dan Yayasan Negeri Sembilan.

Tidak dilupakan adalah golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang akan menerima sumbangan one off sebanyak RM200 seorang. Untuk itu peruntukan sebanyak RM1.0 juta  disediakan dengan anggaran penerima seramai 5,000 orang ibu tunggal yang layak. Bantuan food bank juga diteruskan di bawah SSR ini dengan peruntukan sebanyak 200 ribu ringgit pada tahun hadapan” petikan ucapan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *