Bantuan Tunai RM200 untuk rakyat Malaysia bulan Ogos ini: Syarat-syarat & tarikh pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan (BKP).

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai RM200

Melalui Bantuan Khas Penghargaan (BKP), pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM200 dan RM300 kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

Bantuan Khas ini pada asasnya diberikan kepada penerima dari kalangan pesara Kerajaan dan para penjawat awam.

Bantuan RM200 diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Manakala, bantuan RM300 pula diberikan kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.

Advertisement
Advertisement

Para pegawai Personel MySTEP turut layak menerima BKP ini dengan syarat telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 serta tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Tarikh Pembayaran

Mengikut maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023 dengan cara secara kredit terus ke akaun penerima.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *