Bantuan Tunai RM1,200 dibayar kepada penerima ketegori B40: Tarikh pembayaran & cara semak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Tunai

STR pada asasnya merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Pembayaran STR Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada penerima yang layak. Pembayaran STR Fasa 3 contohnya telah selesai disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 4 pula – ia akan diberikan dengan kadar sehingga RM1,200 kepada kategori berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang STR Fasa 4:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0:
    RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Tarikh Pembayaran

Berkenaan tarikh pembayaran STR Fasa 4, ia dijadualkan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Manakala, untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *