Bantuan RM300 dikreditkan secara automatik bulan ini: Berikut senarai penuh penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan RM300
Pada akhir bulan Ogos lalu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM200 dan RM300 kepada mereka yang berkelayakan.
Penerima Bantuan Khas Penghargaan ini adalah seperti berikut:
- RM200: Diberikan kepada para penjawat awam negeri Pahang Gred 54 dan ke bawah;
- RM300: Diberikan kepada para pesara Kerajaan Negeri Pahang.
Pemberian bantuan khas ini akan melibatkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan melibatkan sekitar 8,000 orang penjawat awam berkelayakan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran Bantuan
Pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan pada bulan September 2023. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemberian bantuan khas ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.
“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini, penjawat awam di Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian.