RM200 Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini November 2024: Ini Maklumat Lengkapnya

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca tahunan yang sering melanda beberapa kawasan di Malaysia, khususnya di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Musim ini biasanya berlaku antara November hingga Februari, membawa hujan lebat berterusan, banjir besar, dan angin kencang.

Walaupun musim tengkujuh dianggap sebahagian daripada kitaran cuaca semula jadi, ia sering membawa cabaran besar kepada rakyat yang terjejas. Ini kerana, musim tengkujuh sering mengakibatkan banjir besar, yang menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, dan gangguan ekonomi.

Rumah-rumah tenggelam, jalan raya terputus, dan ladang tanaman rosak akibat hujan lebat dan limpahan sungai. Aktiviti harian seperti ke sekolah dan tempat kerja juga tergendala, manakala risiko penyakit seperti leptospirosis dan jangkitan kulit meningkat.

Selain itu, nelayan yang bergantung kepada laut atau pernian sebagai sumber pendapatan turut terjejas kerana keadaan laut bergelora dan hujan lebat. Oleh hal demikian, pihak Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT adalah sebuah bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan akibat kedatangan musim tengkujuh. Bantuan ini merupakan salah satu cara pihak Kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan dengan dampak buruk musim ini setiap tahun.

Secara khususnya, bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

Pekebun Kecil

Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA 
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah 
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA) 

Penoreh

Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA 
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Jumlah Bayaran BMT

Jumlah bayaran BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800. Akan tetapi, pembayarannya dibuat secara empat peringkat dengan kadar RM200 setiapnya.

Tarikh pembayaran BMT adalah pada bulan November 2024, Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025. Cara pembayarannya pula secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat ketika permohonan dibuat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi semakan kelulusan bantuan, ia boleh dibuat di Portal Pekebun Kecil RISDA dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

Dimaklumkan bahawa, hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

Bagi maklumat lebih teliti dan lanjut berkenaan BMT, sila layari Portal Suara RISDA – DI SINI.

Info Tambahan

Antara langkah-langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh adalah:

  • Awasi Ramalan Cuaca: Sentiasa mengikuti perkembangan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia. Maklumat ini penting untuk merancang langkah-langkah keselamatan.
  • Sediakan Keperluan Kecemasan: Pastikan anda mempunyai kit kecemasan yang mengandungi makanan tahan lama, air bersih, ubat-ubatan, lampu suluh, bateri, dan dokumen penting yang disimpan dalam bekas kalis air.
  • Pastikan Saluran Air Tidak Tersumbat: Bersihkan longkang dan saluran air di sekitar rumah bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
  • Pindah Ke Tempat Selamat: Sekiranya diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa, segera patuhi arahan. Jangan mengambil risiko tinggal di kawasan yang berisiko banjir.
  • Lindungi Harta Benda dengan Insurans: Pertimbangkan untuk mendapatkan insurans rumah atau kenderaan yang meliputi kerosakan akibat banjir. Ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan selepas bencana.

Lebih penting lagi, musim tengkujuh memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan, NGO, dan masyarakat. Bantuan seperti pusat pemindahan sementara, agihan makanan, dan rawatan perubatan mesti diurus dengan cekap untuk membantu mangsa yang terjejas. Sebagai individu, kita juga boleh memainkan peranan dengan membantu jiran atau rakan yang memerlukan.

Semoga kita semua dapat menghadapi musim tengkujuh dengan tenang dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *