Permohonan dibuka sepanjang tahun: Ini cara memohon Bantuan Kewangan sehingga RM5,000 dari MUIP
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Pelajar IPT dari MUIP dari RM500 hingga RM5,000.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Nilai Bantuan
Nilai bantuan yang disediakan dengan pecahan berikut:
- Sijil Asasi/Matrikulasi: RM500
- Diploma: RM700
- Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa): RM1,200
- Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,500
- Ijazah Sarjana (Master): RM1,500
- Doktor Falsafah (PhD) selain pengajian Islam: RM3,000
- Doktor Falsafah (PhD) pengajian Islam: RM5,000
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Pemohon mestilah Pemastautin di Negeri Pahang;
- Permohoan dikemukakan setelah mendapat tawaran dari pusat pengajian tinggi;
- Bagi setiap peringkat pengajian permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian;
- Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran/sebarang bukti pendaftaran IPT.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian di sistem permohonan MUIP.
Pemohon juga diperlukan untuk memberikan maklumat yang lengkap, benar dan sahih bagi urusan permohonan.
Dimaklumkan juga bahawa tempoh permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan boleh dikemukakan di Portal Zakat4Pengajian di PAUTAN INI.