Salah satunya termasuklah Geran Kewangan TUNS 2023 kepada mereka yang memerlukan serta berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan geran kewangan ini:-
TUNS 2023
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) iatu Geran Kewangan sebanyak RM3,000.
TUNS ini akan diberikan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan sebagai usaha melonjakkan mereka ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
- Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat;
- Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
- Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
- Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
- Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
- Pemohon tidak berstatus muflis;
- Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Berkenaan dengan cara memohon TUNS 2023, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi TUNS.
Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan ketika membuat permohonan.
Penyaluran pembiayaan akan melalui akaun milik pemohon dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan.
Permohonan TUNS telah dibuka bermula pada 16 Januari 2023 lalu.
Info lanjut dan teliti berkenaan TUNS boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.