Pendapatan Isi Rumah RM5,000 & Ke Bawah. Berikut Senarai Penerima & Kelayakan Bantuan Wang STR Fasa 2
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Jumlah Bayaran Fasa 2
Jumlah bayaran adalah bermula dari RM100 sehingga RM300 mengikut kelayakan masing-masing
Cara Semak
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022. Pendaftaran MySTR adalah seperti berikut:
- Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Tarikh Bayaran Fasa 2
Untuk pembayaran STR Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Kemungkinan dijangkakan kategori isi rumah akan menerima bayaran fasa 2 dengan kadar jumlah bayaran yang akan diumumkan
Tarikh pembayaran dijangkakan akan diberikan selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini. Jika dilihat pembayaran BKM pada tahun lalu, jarak bayaran fasa 1 dan fasa 2 adalah tiga bulan. Segala maklumat terbaru berkenaa STR akan kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum rakyat Malaysia.
Syarat Kelayakan Penerima
Berikut merupakan syarat kelayaka penerima STR bagi fasa 2:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/