Ibu Daripada Keluarga Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah Layak Menerima Inisiatif RM500 ‘One Off’. Ini Syarat Kelayakan Penerima
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Syarat Kelayakan
Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023. Berikut syarat penerima BKM:
- Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih
- Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung empat orang anak
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000
Kadar Bantuan
Bantuan tunai one-off sebanyak RM500
Cara Memohon
Pihak kerajaan telah mempunyai data bantuan sebelum ini. Jika anda layak, akan akan menerima bantuan ini.
Tarikh Pembayaran & Maklumat Lanjut
Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bagi setia cawangan berdekat di pautan disediakan ini: Senarai Nombor Telefon Cawangan
BKM pada asasnya adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.