Pengambilan jawatan kosong terkini di Fakulti UiTM: Permohonan dibuka hingga akhir bulan ini
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED 29)
- Taraf Lantikan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Gaji: RM72/hari
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat secara atas talian seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Ia perlu dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM dan hendaklah dilampirkan bersama salinan sijil-sjil (disahkan) berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pemohon;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Salinan Skrol dan Transkrip Sijil/Diploma;
- Surat Pengesahan Majikan (jika ada);
- Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan berkenaan.
Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke:
Dekan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor
(U.P: En. Mohamad Zahid Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan)
Tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2022, ISNIN.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan borang boleh didapati DI SINI.