Tanpa Mengira Had Pendapatan Ibu Bapa, Bantuan BAP RM150 Seorang Akan Diberikan. Ini Senarai Penerimanya

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Syarat Kelayakan

Bagi tahun hadapan 2023, sukacita diumumkan, Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.

Kadar Bantuan

Kadar BAP telah dinaikkan kepada RM150 seorang anak

Penerangan Bantuan

Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

Cara Memohon

Pihak kerajaan telah mempunyai data bantuan sebelum ini. Jika anda layak, akan akan menerima bantuan ini.

Tarikh Pembayaran & Maklumat Lanjut

Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi nombor berikut:

Hubungi Pasukan Bajet: 03-88839160 / 03-88839161 atau Emel kami bajet2023@treasury.gov.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *