Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia: Tawaran Gaji RM3,000 – RM3,499

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

PENGURUS KRAF HOLDINGS SDN BHD

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Waktu Bekerja: Biasa
  • Gaji: RM3,000 – RM3,499
  • Sektor:
    • Pentadbiran awam dan pertahanan; keselamatan sosial wajib
    • Aktiviti pengurusan pejabat, sokongan pejabat

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur lebih 25 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  • Mahir menggunakan komputer (Microsoft Office);
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam pengurusan syarikat;
  • Mempunyai prestasi kerja yang cemerlang, sifat kepimpinan yang dinamik, mempamerkan keupayaan pemikiran strategik serta daya pemikirannyang inovatif.

Deskripsi Tugas

  • Menyediakan Laporan Prestasi Pengeluaran dan Jualan syarikat serta membentangkan laporan tersebut kepada Badan Induk serta Ahli Lembaga Pengarah Syarikat;
  • Mengawal selia kedudukan kewangan serta menyediakan laporan bajet syarikat bagi setiap tahun perancangan operasi bagi memastikan kewangan syarikat mencukupi bagi menampung operasi syarikat;
  • Mengurus keseluruhan sistem pengurusan sumber manusia syarikat yang terdiri daripada kakitangan bahagian pengeluaran serta pengurusan syarikat;
  • Mengawal sepenuhnya keseluruhan operasi syarikat termasuk membuat perancangan dalam menguruskan pengeluaran syarikat.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs. Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Info Tambahan

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1979).

Visinya adalah menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri kraf negara yang mapan dan berdaya saing. Misinya pula adalah memacu pembangunan industri kraf sebagai pemangkin sosioekonomi yang mampan dan perlindungan seni kraf warisan.

Objektif Kraftangan Malaysia pula adalah seperti berikut:

  • Memperluas saiz pasaran secara fizikal dan digital serta meningkatkan kesedaran terhadap kraf Malaysia;
  • Membangunkan produk kraf yang mempunyai nilai komersial serta menyelenggara standard produk kraf;
  • Membangun komuniti kraf ke arah pengeluaran, pengurusan dan pemasaran yang moden;
  • Membangunkan modal insan yang berkemahiran dalam seni kraf; dan
  • Memelihara, memulihara dan melindungi seni kraf warisan.

Kraftangan Malaysia juga menetapkan piagam pelanggannya seperti berikut:

  • Memaklumkan keputusan permohonan yang berjaya untuk penyertaan di dalam promosi anjuran Kraftangan Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan;
  • Memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bermula;
  • Memaklumkan keputusan permohonan Skim Inkubator Pengeluaran Kraf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh temuduga;
  • Menjelaskan tuntutan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap;
  • Memaklumkan keputusan permohonan Lawatan Berpandu Berkumpulan ke Kompleks Kraf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
  • Mengeluarkan Sijil Pengesahan Pematuhan Standard Batik dan Tenun dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan pengujian sampel.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *