Bantuan tunai RM350 telah mula dikreditkan minggu lepas: Senarai penerima & cara pembayaran

Pada tahun 2o23 ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM350

Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sumbangan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi sambutan hari berkenaan.

Advertisement

Sumbangan ini akan melibatkan kadar bantuan sebanyak RM350 kepada para pesara Kerajaan dan RM700 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak.

Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang dinyatakan di surat rasmi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pembayaran bantuan tunai berkenaan akan dibuat pada tarikh 14 April 2023.

Tarikh itu sekaligus menyaksikan pembayaran lebih awal dari jadual asalnya iaitu pada 17 April 2023.

Perubahan tarikh itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan.

Kaedah pembayaran ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang berkelayakan.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan juga memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *