Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima RM600 Tambahan: Berikut Jadual & Senarai Penerima
Bantuan kewangan merupakan sesuatu yang penting bagi yang memerlukan. Inisiatif dalam bentuk tunai ini mampu memberi kelegaan bagi yang layak menerimanya.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Sumbangan Tuani Rahmah RM600 yang mungkin ramai terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan STR Tambahan
Dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah mengumumkan STR Tambahan berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah yang layak.
Syarat Kelayakan
Untuk maklumat semua, sejumlah RM600 akan disalurkan sebagai kadar tambahan STRĀ dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Berikut merupakan syarat kelayakan yang terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Tarikh Bantuan Disalurkan
Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Jenis Bantuan Yang Diberikan
Bantuan ini adalah dalam bentuk Bakul Makanan serta Baucer Makanan Asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Penafian
Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.