Senarai Bantuan Wang Sempena Aidilfitri RM400-RM1,000 Oleh Kerajaan. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Wang sempena Aidilfitri akan disalurkan tidak lama lagi.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan kepada mereka yang layak supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan. Berita baik untuk mereka yang layak apabila kerajaan mengumumkan tambahan bantuan wang sempena Aidilfitri.

Bantuan Aidilfitri 2023

Sebelum ini telah diumumkan bantuan Aidilfitri, kini bantuan itu bakal ditambah lagi. Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Advertisement

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Advertisement

Berikut merupakan senarai penerima dan jumlah bantuan:

bantuan aidilfitri pekebun pesawah nelayan 2023

Senarai Penerima & Jumlah Bantuan

  1. Nelayan: RM300 + RM200 RM500
  2. Pesawah Padi: RM200 + RM200 RM400
  3. Pekebun Kecil Getah: RM800 + RM200 RM1000

Cara Bantuan Disalurkan

Bantuan akan disalurkan berdasarkan maklumat dan data berikut:

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *