Harga rumah serendah RM35,000 seunit: Syarat-syarat & cara memohon Rumah PPR Dimiliki

Rumah merupakan antara keperluas asas paling utama bagi manusia, selain makan, minum dan pakaian. Oleh itu, memiliki tempat berteduh adalah sangat penting dan suatu kewajiban kepada setiap manusia.

Menyedati hal itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu mereka yang memerlukan memiliki rumah sendiri, iaitu melalui PPR Dimiliki.

PPR Dimiliki pada asasnya adalah bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah berkenaan pula akan dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Memohon PPR Dimiliki

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan PPR Dimiliki boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – KLIK SINI.

Senarai projek PPR Dimiliki pula boleh disemak – DI SINI.

Bagi maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Perumahan:

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Info lanjut dan teperinci berkenaan bantuan ini turut boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *