Ini Cara Memohon Rumah Sewa Serendah RM124 Sebulan Melalui Rumah IKRAM KPKT
Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT.
Ia bertujuan bagi memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat C-19.
Selain itu, ia bagi menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.
Bagi mereka yang ingin memohon, berikut adalah maklumat terperinci yang perlu diikuti:
Kadar Sewa
Kadar sewa paling minimum untuk program ini adalah RM124/sebulan.
Lokasi Projek Rumah IKRAM
Sebagai langkah permulaan, program ini telah dibuka di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor. Berikut adalah senarai projek yang terlibat:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Jenis rumah & ciri-cirinya
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon – ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di pauntan berikut: Portal Teduh KPKT (KLIK SINI)